Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sedang menjalankan siasatan bagi mendapatkan situasi sebenar mengenai isu membolot tiket penerbangan oleh pengendali pakej umrah tempatan.<br /><br />Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, tindakan tegas akan diambil termasuk membatalkan lesen agensi atau syarikat pelancongan jika modus operasi perniagaan mereka melanggar undang-undang.